PENGENALAN
Laman Web SK Kangkong adalah salah satu cara untuk memperkenalkan sekolah dan mendedahkan persekitaran sekolah kepada masyarakat, ibu bapa penjaga dan warga SKK sendiri. Ia juga dapat memupuk minat pelajar untuk mencari maklumat di dalam Internet dan menggalakkan pelajar melayari laman web berbentuk maklumat bagi menambahkan pengetahuan. Ini selaras dengan matlamat negara yang mahukan masyarakat intelek dan mementingkan budaya ilmu dalam kehidupan.
Masyarakat masa kini telah menyedari ilmu bukan sahaja boleh diperolehi dengan hanya membaca buku. Dalam era teknologi yang serba canggih ini, masyarakat memerlukan penyampaian yang lebih ringkas, tepat dan cepat. Oleh yang demikian, laman web ini dibina untuk menyampaikan maklumat dan memperkenalkan SK Kangkong kepada warga sekolah serta masyarakat dalam bentuk yang lebih ringkas, tepat dan menjimatkan masa.
Di harap penghasilan laman web sekolah ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah kecemerlangan pendidikan.
En. Khairur Rijal Bin Yahaya,
Guru Besar,
SK Kangkong.
VISI, MISI & MOTO
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Untuk menjayakan VISI sekolah, kami akan memastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya ke arah Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
Dengan Ilmu kita Maju
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
LAGU SEKOLAH
DI WARGA SEKOLAH INI
BERIKRAR DAN BERJANJI
DENGAN SEPENUH HATI
MENCAPAI CITA MURNI
KEPADA IBU BAPA SERTA
GURU YANG TERCINTA
TUNJUKKAN JALAN BAHAGIA
KE ARAH INSAN BERJAYA
AKHLAK MUHAMMAD KAMI CONTOHI
PERINTAH ALLAH KAMI TAATI
IBU BAPA DIRESTUI
BAHAGIA AKHIRAT DUNIAWI
WAHAI RAKAN DAN TAULAN
MAJU KE ARAH WAWASAN
RUKUN NEGARA JADI PEDOMAN
No comments:
Post a Comment