SEJARAH SEKOLAH
KEBANGSAAN KANGKONG.
Sekolah
Kebangsaan Kangkong mula ditubuhkan pada tahun iaitu pada 15. 12.1335H (02.10.1917M) pukul 7.00
pagi Selasa bersamaan 15 Zulhijjah. Sekolah ini telah dibuka atas arahan
Jabatan Pelajaran
Kedah dengan kerjasama Pakatan Ahli
Jawatankuasa Kariah Masjid Kangkong serta Penghulu Mukim Kangkong. Mata pelajaran
yang pertama diajar di sekolah ini adalah Al-Quran dan diajar oleh seorang guru
bernama Cikgu Ariffin bin Desa yang juga merupakan Guru Besar
sekolah selepas Guru Besar yang pertama iaitu Cikgu Mohammad Mansor.
Kelas
Al-Quran diajar pada setiap hari pada pukul satu petang. Kemasukan pelajar ke
Sekolah Kebangsaan Kangkong bermula selepas lawatan dari rumah ke rumah
diadakan. Para guru juga diminta
agar tidak mengenakan sebarang bayaran kepada ibu bapa serta penjaga.
Jumlah
murid yang pertama adalah seramai 55 orang dan kehadiran pada hari pertama
adalah seramai
54 orang. Kebanyakkannya murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah dari
kampong yang berdekatan iaitu dari sekitar Kampung Kuala Kangkong, Kampung Alor
Pulai, Kampung
Sungai Nonang, Kampung Tebengau, Sala Kechil, Kampung Permatang Ibus dan Kampung
sepanjang Sungai Kangkong.
Dengan
kerjasama daripada AJK Kariah dan penduduk kampong, bilangan pelajar sekolah
bertambah
dengan cepat iaitu pada 15.01.1336 bilangan penuntut seramai 205 orang. Pada
tahun
1942 semasa pemerentahan Jepun hanya terdapat 4 orang tenaga pengajar. Pada
25.01.1946 bersamaan dengan hari Isnin, peralatan dan barang-barang sekolah
telah diserahkan kepada Cikgu Ku Ahmad dengan bersaksikan Guru Besar En.
Othman.
Pada
25.01.1946 pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa termasuk sesi senaman
pagi. Pada masa itu disebabkan tiada benteng sungai ditepi laut, bangunan
sekolah sering dimasuki air laut terutamanya ketika air laut pasang. Keadaan
bertambah buruk kerana bangunan sekolah hanya didirikan dengan menggunakan
bahan terpakai seperti kayu kayan yang
hanyut dari pulau-pulau berdekatan dan berbumbungkan atap nipah menyebabkan
sekolah sering ditutup.
Pada
31 Ogos 1957 Tanah Melayu Merdeka ,
sekolah diberi cuti panjang dan selepas itu bermulalah era baru Sekolah
Kebangsaan Kangkong yang lebih baik dibawah pemerentahan Kerajaan Tanah Melayu hingga kini.
No comments:
Post a Comment